Friday, November 16, 2012

Kahwin



Kahwin. Bila bercakap soal kahwin dengan si dia, pertengkaran mesti akan terjadi. I'm a type of girl that hate the late marriage. But he is a kind of boy that love the late marriage. You see that? We are not in the same term. Dispute di antara budak Accounting dan budak Architecture mesti terjadi punyalah bila membincangkan hal ini.

Aku bukan lah penyokong tegar perkahwinan di usia muda. Bagi aku, berkahwin pada usia 21 tahun adalah terlalu awal. Kawan kawan yang seusia dengan aku ramai dah mendirikan masjid. Setiap kali melihat gambar mesra mereka suami isteri, aku rasa gembira sangat dan menginginkannya. Tapi bukanlah pada usia 21 tahun ni. Aku masih belum matang untuk memikirkan tentang rumah tangga sendiri. Apa tah lagi untuk menguruskannya. Tahniah untuk mereka yang berani mengambil keputusan untuk berkahwin awal. Have a bless from Allah. Semoga jodoh anda diberkati sentiasa.

Aku juga tidak sukakan perkahwinan yang lambat. Bagi aku, perempuan yang berkahwin pada umur 30 tahun ke atas adalah terlalu lambat. Tapi tak salah, kerana mereka pasti seorang yang berkerjaya. Seperti Faizulhadi, dia menyuarakan hasratnya padaku untuk berkahwin agak lambat. Kerana nak stabilkan kewangan dan mengejar citi cita sebagai seorang arkitek yang berjaya. Amin. Siapa yang taknak bersuamikan seorang arkitek kan? Untung untung boleh buat istana sebijik untuk aku nanti. Macam Shah Jehan buat kat Mumtaz tu. Haha.



Apa pun, aku impikan sebuah perkahwinan yang sempurna. Bukan untuk mencari kesempurnaan. Kesempurnaan takkan datang kalau kita tak berani nak ambil risiko untuk menyempurnakannya. Aku inginkan kestabilan dari segi kewangan, ketinggian ilmu agama kedua belah pihak, ada sifat ingin membimbing di antara pasangan, kesabaran yang cukup tinggi, kepercayaan yang cukup kuat, kesetiaan yang cukup erat, kejujuran yang cukup penuh dan kekuatan yang cukup maksimum.

Bukanlah aku jenis yang memandang pada materialistik untuk menyempurnakan sebuah ikatan itu. Yes money is not everything, but everything needs money. Am I right? So, itulah tunggak dan tunjang untuk memulakan sesuatu dalam hidup ni. Serious cakap, kahwin kalau guna duit mak bapak memang tak puas.

Keserasian antara pasangan adalah paling penting. Maka, carilah seorang yang boleh  menjadi bukan hanya setakat boyfriend dan suami, malah bestfriend. Siapalah aku untuk membincangkan isu ini lebih panjang lagi. Ini hanyalah apa yang terlintas kat fikiran aku je yang tidak sama sekali mempunyai pengalaman tentang perkahwinan.




p/s : Dont marry the person you think you can live with, marry only the individual you think you cant live without.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.