13 November 2012, tamatlah sudah riwayat kerja aku di Oldtown White Coffee tu. Konon dulu nak bertahan at least dua bulan. Tapi tak sampai sebulan pun kau dah angkat kaki. Zulaika Zulaika. Tapi okay lah berhenti awal, tak sakit lagi kaki aku ni kene jalan sana sini ambil dan layan karenah customer yang mengada tu! Sampai sekarang lutut aku terasa sakit lagi dek kerana tidak dibenarkan duduk semasa on duty. Ohh like seriously? Yess la. Masa nak sujud dalam solat, aku terpaksa menahan kesakitan lutut. Get well soon okayy lutut! Sekarang aku dah jadi job hunter semula. Ada tawaran menjadi seorang cashier, tetapi harus ditolak kerana gaji yang tidak berbaloi dan tambahan pula, ibu tercinta tidak membenarkan aku terima offer tersebut. Aku akan berusaha lagi untuk mencari kerja kerana keinginan terhadap duit terlalulah tinggi. Tapi nak kerja yang senang laa dan gaji banyak. Hehehe. Tapi untuk sementara ni, aku kena rehatkan diri secukupnya sebelum meneruskan misi mencari duit. Yeah!
Setelah beberapa minggu menjadi warga Oldtown, semestinya aku dah manjadi akrab dengan mereka. Yela kan, kerja sama sama, penat sama sama, tolong sama sama, gelak sama sama. Mereka tempat aku mengadu penat dan ketidak puasan hati aku terhadap customer dan macam macam lagi. Rindu pulak kat diorang. Ahh semua orang kau nak rindu! Mereka banyak tolong aku itu dan ini. Layan aku baik. (Tapi ada jugak yang buli aku). Dan yang paling penting mereka sangat faham yang aku ni pemalas. Kisan selalu cakap camni 'Siti, you are very lazy!'. Haha. Well, aku suka orang yang faham kekurangan aku yang itu. Thanks. Mereka selalu bertanyakan soalan ini kepada aku: 'Siti, are you okay?' , 'Siti, are you angry?' , 'Siti, today you are tired?', 'Siti, hungry already?' , 'Siti, you are very funny!' , 'Siti, no customer, no busy, are you happy?' , 'Siti, dance!' ... Haha akan rindu ayat ayat tersebut. Aduhh tetiba rasa syahdu pulak malam malam buta ni.
Kawan kawan baru aku kat Oldtown yang akan aku rindu adalah Kisan, Shakira, Shariff, Tan, Indra, Kailaish, Subash, Ghana & Kumar. Untuk lady boss dan Malcolm tu, aku tak rindu langsung pun. Sebab diorang la, aku tak boleh duduk.
Waktu ni boss takde, boleh laa berposing.
Inilah makanan yang aku take away masa hari last aku kerja sebab nak habiskan duit makan free yang dia bagi tu. Gambar di atas : Enriched Chocolate Hot, Enriched Chocolate Cold and Siamese Mee.
Okayy ini meal aku masa hari2 terakhir aku kat sana. Waffle yang dibeli kat foodcourt ditemani Enriched Chocolate Hot dari Oldtown.
Meal aku time last day kat sana. Peanut Butter Bread Steam.
Like I told ya earlier, Enriched Chocolate Hot that always be my favourite! :)
p/s : Time moves in one direction, memory in another.